I Decided to Live as Me (Edisi Bahasa Melayu)
Publisher,Puteh Press
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages, 234
“Saya mesti masuk universiti A kerana kawan-kawan saya ke sana.”
“Saya perlu bekerja di syarikat B supaya orang nampak saya berjaya.”
“Saya mahu tampil seperti dia yang dipuja ramai.”
“Saya patut beli barang berjenama agar orang anggap saya berada.”
Penat. Terlalu penat hidup dalam kerangka pandangan dan penilaian orang lain—seolah-olah tiada hujung untuk memenuhi kehendak mereka.
Buku ini membuka mata tentang satu perkara penting: hidup sebagai diri sendiri. Bila kita benar-benar menerima siapa kita, dan tidak tunduk pada jangkaan luar, barulah kita mengenal makna bahagia yang sebenar—yang datang dari dalam, bukan dari pujian orang.
Melalui senarai tugasan yang praktikal dan reflektif, buku ini membimbing kita untuk hidup dengan yakin dalam realiti yang kadang-kadang dingin—agar kita mampu bersyukur atas apa jua yang kita miliki, walau sekecil mana sekalipun.
Dimensi: 15 x 2 x 22 cm