Kekasih Bayangan

ISBN: 9789672803607
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 320

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

“Saya tiada pilihan lain. Saya diugut…” – Yusuf Irham

Dahlia masih percaya bahawa hubungan yang dibina bersama Yusuf masih boleh diselamatkan namun tidak pula bagi Yusuf yang sudah berserah pada takdir.

Tiga tahun Yusuf menyepi. Dahlia menanti. Tatkala hati Dahlia sudah terbuka menerima cinta yang baru, Yusuf pula kembali.

“Kenapa baru sekarang awak nak muncul, Yusuf?!” – Nur Dahlia

Dahlia yang masih ragu-ragu akhirnya menerima Yusuf dengan rasa cinta yang masih berbaki. Namun, Fitnah pula yang menghujani perkahwinan mereka.

“Kau memang tak nak ambil tahu ke siapa pengirim email tu?" – Umairah

"Buat masa ni, biarlah aku cuba tenangkan diri dulu…” – Nur Dahlia

Dahlia mula berubah. Apa sahaja yang Yusuf lakukan nampak salah di matanya. Ujian yang datang dari segenap sisi semakin menekan mereka.

“Maafkan abang jika abang nampak seperti lelaki yang lemah di mata Lia. Maafkan abang kerana menangis di hadapan Lia…”

Yusuf, lelaki yang satu dalam seribu. Mana mungkin Dahlia akan temui lelaki seperti itu walau serata dunia dia melangkah. Namun, dia sudah seperti tak mampu bertahan.

Mampukah mereka mempertahankan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta dan sayang itu?

Atau mungkin benar, cinta itu tidak lagi untuk mereka?