Kekasih Cadangan Hati

ISBN: 9789670718354
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Saat jiran baru mereka tiba, Zehra tak peduli. Siapa pun yang menghuni rumah kosong itu, bukan hal penting. Yang difikirkan, mahu membebaskan diri dari neraka ciptaan Khalil.

Bila si jiran itu rupanya Tasya, dia bagaikan melihat cahaya terang. Namun, ada Tasya, bererti ada Raimi! Ada Raimi, bermakna ada kisah semalam yang kian jauh ditinggalkan.

“Kita tak ada jodoh, Raimi. Kita…”
“Itu bukan apa yang aku nak dengar. Yang aku nak tahu, kenapa kau tinggalkan aku?” potong Raimi pantas.
“Sudahlah Raimi. Aku tak nak ungkit hal dulu.”
“Aku tak akan berhenti ungkit mulai hari ni. Jangan ingat lepas tujuh tahun, aku akan lupakan semuanya. Jangan mimpi, Zehra!”

Terlepas dari cengkaman Khalil, dia bagai dikepung Raimi. Rasa ingin tahu lelaki itu cukup melemaskan. Harapan Tasya yang menggunung di saat nyawanya sudah dipenghujung juga sangat melelahkan.

Dan... bila Khalil jadi gila talak, Zehra tak cukup tanah untuk melangkah.

“Kenapa dari mula kahwin sampai sekarang ni kau tak sudah-sudah nak menyusahkan hidup aku, Khalil?”- Zehra
“Aku sayangkan kau, Zehra...” - Khalil

Mahukah Zehra kembali ke neraka ciptaan Khalil yang sudah pandai bermulut manis? Atau memilih Raimi yang mulutnya tak pernah ada insuran?

Bahagia yang digenggam bagaikan cuaca. Sekejap panas, sekejap lagi sejuk. Sesekali hujan bila Khalil muncul dengan permintaan di luar kotak. Sedangkan Raimi yang kononnya sudah tak cintakan dirinya, terus-terusan ditimpa cemburu.

Tapi bukankah orang tua kata, cemburu itu tandanya sayang? Betulkah Raimi masih sayangkan dia? Apa akan jadi bila Khalil berterusan menyusun strategi?

Dan kalau betul di hati Raimi sudah tak ada rasa sayang, kenapa perlu meminta yang bukan-bukan?

“Aku nak anak lelaki, Zehra. Itu yang aku belum ada lagi.”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)