Kekasih Rumah Sebelah

ISBN: 9789670718804
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages,

Sembilan tahun di UK, Fadhlan pulang membawa misi di hati. Mahu menyunting ‘adik' sebelah rumah. Tapi, mahu meyakinkan Hanis Farhana yang dia sudah lama jatuh cinta pada si gadis tersangatlah susah. Lebih-lebih lagi antara mereka sudah wujud Thaqif.

“Bukan Hanis ada sorang abang aje ke?” Thaqif menduga. Hanis terdiam. Bagaimana dia harus menjawab soalan itu?

“Abang ni anak jiran rumah sebelah.” Fadhlan menjawab bagi pihak Hanis. Tangan bersahaja memaut bahu si gadis. Bagi Hanis Farhana pula, Fadhlan telah mungkir janji. Kata mahu dia menunggu tetapi Fadhlan sediri yang cari lain. Bagaimana dia mahu percayakan Fadhlan sedangkan adik lelaki itu sendiri kata Qalisha itu bakal kakak iparnya. Jadinya, Fadhlan harus bekerja keras untuk merebut kembali hati Hanis. Dia perlu yakinkan Hanis yang dia tak pernah mungkir janji.

“Qalisha macam adik je pada abang. Dia kan kawan baik Ayie. Abang cuma sayang Honey. I love you so much.” – Fadhlan

Saat hati sudah bertaut, mereka perlu main sembunyi-sembunyi. Nak keluar berdua pun harus sorok-sorok.

“Selalu buat kerja macam ni?” Haidar menyergah. Hanis geleng. Takut-takut memandang si abang.

“Kau pun sama Fadh, bukannya nak mintak izin.” Si abang membebel lagi.

“Along nak bagitahu ibu jap.” Haidar pura-pura mahu menelefon ibunya.

“Along...please...janji tak buat lagi.” Hanis sudah tahap merayu.

“Kalau buat lagi...siaplah! Along bagitahu ibu, kawinkan adik cepat-cepat.”

“Aku suka aje kahwin cepat-cepat ni. Honey, lain kali kita buat lagi erk.” Fadhlan kenyit mata. Nakal. Berjayakah Fadhlan jadikan Hanis permaisuri hatinya atau Hanis Farhana akan terus kekal menjadi orang rumah sebelahnya sahaja?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)