Kekeluargaan Dalam Islam
Publisher,Rimbunan Islamik Media
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 268
Buku ini membicarakan hal-hal berkaitan motivasi kekeluargaan dan menjawab pelbagai persoalan isu kekeluargaan yang relevan di zaman ini. Topik-topik motivasi kekeluargaan yang terkandung dalam buku ini merangkumi perkara-perkara yang wajib diketahui oleh setiap pasangan demi membentuk sebuah keluarga yang bahagian berlandaskan ajaran Islam. Sesungguhnya sesebuah keluarga yang dibina berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, pasti dapat membentuk suami isteri yang bertanggungjawab dan anak-anak terdidik akhlaknya. Dalam proses mencari pasangan pula, terdapat pelbagai panduan disisipkan dalam buku ini demi memastikan keluarga yang berkonsepkan Sakinah, mawaddah dan rahmah dapat terbina seperti yang diimpikan.
Mutakhir ini, keruntuhan dan krisis rumah tangga yang dihadapi oleh umat Islam kebanyakannya berpunca daripada sikap yang tidak mengamalkan syariat Islam. Justeru, setiap pasangan perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing di samping memegang teguh ajaran Islam dalam melayari bahtera rumah tangga agar rumah tangga yang dibina mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.