Kelab Fixie
Publisher,Fajar
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 230 g
No. of Pages, 128
Idea penubuhan Kebal Fixie bermula daripada Nabil. Semuanya kerana dia tidak puas bermain dengan Fixienya ketika cuti sekolah lepas. Dia sedar yang kelab itu tidak seperti kelab lain yang sememangnya sudah lama wujud di sekolahnya. Kata Cikgu Ery, untuk menubuhkan Kelab Fixie, dia perlukan 30 orang ahli dan Nabil mahu semua ahlinya lelaki. Kenapa? Mudah saja jawapannya. Ini kelab elit jadi dia boleh buat apa saja syarat.
Keadaan menjadi sedikit sulit kerana sehingga ke pertengahan tahun bilangan ahli masih tidak mencukupi. Kemungkinan besar kelab mereka akan dibubarkan sedangkan jadual untuk aktiviti tahunan sudah lama siap dan impian untuk mengayuh sehingga ke Banjaran Titiwangsa adalah impian mereka semua. Apakah mereka akan menerima ahli perempuan dan mampukan ahli perempuan ini mengayuh sejauh mungkin seperti mereka?