Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Sultan Johor

ISBN: 9789674604974
Checking local availability
RM120.00
Product Details

Publisher,Universiti Teknologi Malaysia
Publication Date,
Format, Hardcover
Weight, 1200 g
No. of Pages,

Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai mahkota dan melangsungkan Istiadat Kemahkotaan Sultan. Maharaja Abu Bakar yang memperoleh pengiktirafan antarabangsa sebagai Sultan Johor melalui Perjanjian Setia dengan Inggeris pada 1885 mengilhamkan dan menzahirkan sebuah mahkota untuk baginda dan Sultan-sultan pengganti baginda. Tindakan itu merupakan langkah radikal dalam usaha pemodenan negeri Johor.
 
Sultan Abu Bakar menaiki Takhta Kerajaan Johor pada 1862, tetapi Istiadat Kemahkotaan baginda berlangsung pada 1886. Sultan Abu Bakar mengkanunkan undang-undang tentang pengganti Takhta Kerajaan Johor dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Tetapi, baginda tidak menetapkan Istiadat Kemahkotaan sebagai satu syarat atau proses undang-undang untuk menaiki Takhta Kerajaan. Oleh sebab itu, Istiadat Kemahkotaan lebih merupakan adat istiadat, dan bukan keperluan undang-undang. Mahkota dan Istiadat Kemahkotaan mengesahkan legitimasi pelantikan Sultan dan meningkatkan kedaulatan baginda. 
 
Buku ini meriwayatkan strategi Maharaja Abu Bakar dalam usaha baginda memperoleh pengiktirafan sebagai Sultan; dan memerihalkan kebijaksanaan baginda mengilhamkan falsafah serta menzahirkan Barang Kemas Kerajaan, Peralatan Kebesaran Diraja, dan simbol kekuasaan baginda yang dihormati.
 
Buku ini juga mencatatkan keprihatinan Sultan Ibrahim dan pelibatan baginda sendiri bagi memastikan tercapainya hasrat baginda supaya perayaan Kemahkotaan menjadi peristiwa yang eksklusif untuk kenang-kenangan semua rakyat. Baginda begitu terlibat dalam usaha-usaha memulihara Barang Kemas Kerajaan, membersihkan dan menambah baik tempat untuk semua upacara dan istiadat, memilih warna dan reka bentuk perabot, aksesori perabot, dan cenderamata. Baginda meluangkan masa untuk menguji setiap kerusi yang direka khas bagi memastikan ia selesa untuk tetamu-tetamu baginda. Baginda menempah khas set pinggan mangkuk dan barang-barang perak dari Eropah dan Timur. Baginda berangkat hadir dan terlibat sendiri dalam raptai dan latihan bagi memastikan ketepatan masa dan pematuhan kepada adat istiadat. Untuk Majlis Santapan Diraja, baginda sendiri memilih menu yang menepati cita rasa tetamu-tetamu baginda.
 
Istiadat Kemahkotaan penuh dengan adat istiadat istana yang diwarisi daripada pemerintah-pemerintah Johor yang terdahulu. Istiadat itu memperlihatkan kemodenan bertemakan warna biru dan keemasan yang menghiasi Bilik Singgahsana; pakaian istiadat; kamera robotik dan mikrofon jarak jauh yang digunakan. Istiadat Terimaan, upacara pemahkotaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)