Kembali Menjadi Hamba
Publisher,Tentang Kita Sdn. Bhd.
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 193 g
No. of Pages, 190
Sebagai manusia biasa, kadang terlalu banyak perkara yang kita pikul sendirian. Kita mahu memastikan semuanya berada dalam kawalan dan pada masa yang sama membawa makna dalam kehidupan kita.
Buku ini hadir sebagai ruang untuk berhenti seketika. Untuk kita kembali merenung hubungan kita dengan doa, takdir dan usaha. Di dalamnya ada doa yang tidak dituntut menjadi indah. la hanya perlu menjadi yang paling jujur.
Tulisan ini hanya ingin menawarkan satu perkara; keberanian untuk kembali dengan hati yang tidak pernah penat untuk terus mencari.
Kerana hidup tidak menuntut kita menjadi sempurna. Tuhan sendiri hanya meminta kita untuk sentiasa kembali pada-Nya, di susah dan senang kita.
Dan terus belajar meletakkan diri di tempat selayaknya seorang hamba yang sentiasa memerlukan-Nya.