Kembara Healing Putera!

ISBN: 9786294793903
Checking local availability
RM16.00
Product Details

Publisher,Kadokawa Gempak Starz
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Perselisihan pendapat mematangkan persahabatan...?

“Tolong berlaku profesional. Majlis kita masih panjang. Kalau nak bergaduh, sila bergaduh di luar dewan.” - Alex

Pertelingkahan sesama ahli MPP Akademi Lelaki Momos semasa mengendalikan majlis makan malam akademi menjadi isu besar kerana timbul cakap-cakap yang kurang enak dalam kalangan pelajar lain.

Menyedari akan hal itu, Pengetua Evan merancang satu kembara healing ke Malaysia dengan misi memulihkan persahabatan dan membersihkan imej MPP di mata semua pelajar.

Akan tetapi, mereka tidak dibiarkan pergi begitu sahaja. Pengetua Evan menjadikan kembara yang diselia Livio itu sebuah program realiti di mana segala gerak-geri dirakam dan ada misi mencabar yang perlu diselesaikan.

Apa tarikan dan cabaran yang menanti MPP Akademi Lelaki Momos ini?