Kembara Masa 1511: Fall of Malacca
Publisher,Al Ain Karya Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / SEJARAH & POLITIK / SEJARAH (UMUM)
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
"Mengumumkan keberangkatan Yang Dipertuan Baginda Sultan, Penguasa Wilayah Nusantara dan Jajahan Takluknya, Pemegang Amanah Agama dan Bangsa, Lambang Kekuatan Senusantara, Penerus Warisan Raja Sulaiman, Sultan Mahmud Shah", dilaungkan ucapan ketibaan seorang Sultan yang dinanti sekalian pembesar-pembesar yang hadir. Aku tidak pasti apakah majlis yang sedang berlangsung dan apakah urusan sebenarnya aku tiba-tiba dijemput datang ke sini.
Setelah siap Sultan Mahmud Shah bersemayam (duduk) di atas singgahsana Baginda, lalu Baginda Sultan bertitah, "Di hari yang penuh keberkatan, dengan izin-Nya jua serta barokah Nabi kita Baginda SAW, sematkanlah rasa syukur dalam jiwa agar terus aman dan damai wilayah kita." "Sesungguhnya, hari ini akan kita persiapkan sebuah persediaan bagi menghadapi peristiwa besar yang akan berlaku."
Aku terus menundukkan kepala sambil mendengar titah daripada Baginda Sultan. "Anakanda Paduka Izzuddin Muadzam Shah!" titah Baginda Sultan dengan lantang. "Hari ini beta dengan tegasnya mahu Anakanda Paduka mencatit setiap peristiwa yang sedang dan akan berlaku sebagai catitan sejarah, daulah dan maruah Kesultanan ini!" Gulp.. tertelan air liur aku dibuatnya, tersentak pun ada. Bayangkan, seorang Sultan terus memberikan arahan langsung dan memang tidaklah aku berani untuk mengatakan tidak.
Baginda Sultan menyambung titahnya, "Kita bakal berdepan dengan sebuah peristiwa yang amat menyedihkan, hakikatnya itulah kegembiraan buat kita kerana berkorban untuk tanah air kita. Beta tahu Kesultanan Melaka sudah diintip dan dijajah dari dalam, pengkhianatan berlaku dalam kalangan kita semua. Kini, hanya tinggal kita sahaja untuk membalas jasa budi serta pengorbanan segalanya".