Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran dan Hadis
Publisher,PTS One
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Hap… Hap… Hap…
Anak arnab melompat riang di padang rumput. Mereka bergerak ke sana dan ke sini. Anak-anak arnab kelihatan gembira. Oh, arnab mempunyai telinga yang panjang?
Kuek… Kuek… Kuek…
Ada tujuh ekor anak itik sedang berjalan di tepi tasik. Kelihatan anak-anak itik itu mengikut ibunya dengan teratur. Anak-anak itik kelihatan gembira kerana tidak sabar mahu berenang di tasik. Wah, anak-anak itik itu pantas berenang. Pernahkah kawan-kawan melihat itik berenang?
Buku Kenali 10 Haiwan daripada Al-Quran dan Hadis adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan.
Buku ini juga dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari kegunaan dan sejarah ringkas tentang haiwan-haiwan yang terdapat dalam buku ini.