Kenapa Rezeki Tak Murah?
Author: Nani Koraiza Yaacob
ISBN: 9789678606356
Checking local availability
Title
RM21.00
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Ya ALLAH..
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah.
Jika di bumi, keluarkanlah.
Jika sukar, permudahkanlah.
Jika haram, sucikanlah.
Jika jauh, dekatkanlah.
KENAPA REZEKI TAK MURAH? ditulis dengan air mata dan rasa keinsafan. Sepanjang menulisnya, diiringi sujud dan zikir yang banyak. Apa lebih istimewa, asalnya ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Sekitar tahun 2005-2007 saya pernah ditimpa ujian dari ALLAH SWT yang sangat besar. Ujian yang seolah-olah menghentikan rentak hidup saya seketika. Ujian yang banyak mengajar saya siapa diri saya sebenarnya.
Saat saya ditimpa ujian, saya tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada saya dan kenapa segalanya berlaku. Kenapa saya yang dipilih untuk menerima ujian ini dan apa salah saya.
Saya bukan pembunuh, saya bukan pengedar dadah, saya bukan orang jahat. Saya hairan kenapa saya yang mengalami semua kedukaan itu.
Alhamdulillah, Allah SWT Maha Penyayang, lalu Dia memberikan petunjukNya kepada saya. Syukur saya berjaya melalui segala ujian kehidupan yang mematangkan saya.
Lantaran saya terpanggil untuk menulis buku dengan harapan, jika ada insan lain yang buntu seperti saya, yang tidak tahu bagaimana menghadapi situasi buruk yang menimpa diri dan yang merasakan diri sebagai mangsa keadaan, boleh menjadikan buku ini sebagai panduan.
Kenapa Rezeki Tak Murah akan menjawab banyak lagi persoalan selain daripada yang di atas. Memahami intipati yang dibincangkan di samping muhasabah diri apabila rezeki menjadi isu utama yang dikupas dalam buku ini.
Ia juga boleh dijadikan checklist untuk kita menyemak tindakan yang perlu diambil dan diperbaiki atau yang belum dilakukan dalam mencari rezeki yang halal.
Walaupun rezeki datang dalam pelbagai cara sama ada dengan nikmat atau ujian, namun kita perlu yakin bahawa ALLAH Maha Pemurah dan Pemberi Reze