Kenji Osama

ISBN: 9789838220866
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Pantang dicuit, dia akan menerkam bak singa lapar.

Kenji Osama, bertahun lamanya dia hidup dalam dendam yang melahar. Bagi Ken, papanya adalah pengkhianat. Ketegangan bertambah bila orang tua itu pandai-pandai aturkan jodohnya. Dia melenting seolah-olah papanya sudah melakukan dosa yang besar. Namun, nafas bagaikan terhenti saat berdepan dengan bakal pemilik jiwanya… Jasmine Aurora. Gadis itu adalah dambaan kalbunya sejak dulu. Pertama kali dia merasakan takdir mahu dia bahagia.

Jasmine tak faham kenapa Ken yang jadi pilihan ayahnya. Dia tak ingin jadi isteri kepada lelaki yang tak ada wawasan hidup macam Ken. Dia cuma cintakan Sahil. Tapi, lelaki tu pulak hilangkan diri. Tanpa jejak. Tanpa pesan. Pilihannya sekarang cuma Ken… Arghhh benci!

Hubungan hate and love pun tercipta. Jasmine akui yang Ken selalu buat dia terbang di awan tanpa sayap. Renungan dan godaan Ken selalu buat dia tak cukup oksigen. Haish, manalah dia tahu Ken punya pesona yang luar biasa. Tapi, Jasmine tak mampu hidup di samping lelaki yang bencikan keluarganya sendiri.

You bukan anak, abang, suami dan lelaki yang baik Ken!” - JASMINE AURORA

“You patut rasa takut untuk jatuh cinta dengan I, Jasmine.” - KENJI OSAMA

Bila, satu per satu musibah menimpa hidupnya. Ken terhenyak tidak berdaya. Berkali-kali nyawa Jasmine jadi taruhan. Ancaman muncul bertalu-talu. Pilihan Ken cuma satu… Dia perlu bangkit sebagai seorang hero. Tapi, kenapa terlalu banyak cabaran yang perlu dia tempuh?

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nur Aziyah
Baik

Sesuai dibeli untuk mengisi masa lapang