Kepada Pendakwah: Utamakanlah Tauhid
Publisher,Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Kepada Para Pendakwah: Utamakan Tauhid adalah antara fatwa-fatwa daripada seorang pakar ilmu Hadis pada zaman kebelakangan ini Syeikh Nasir ad-Din al-Albani rhm. Syeikh ai-AI bani telah memberi jawapan yang tuntas lagi jelas kepada soalan-soalan yang telah ditujukan kepadanya berkenaan:
Pertama: Kenapa badan-badan dan parti-parti yang menyeru kepada Islam mencetuskan kekecohan dan fitnah dalam umat?
Kedua: Kenapakah para pendakwah Islam mengabaikan manhaj nubuwwah dan tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman dalam menyebarkan Islam?
Syeikh telah menarik perhatian para pendakwah Islam bahawa apa yang selalu terjadi di negara-negara Islam ialah peperangan antara sesama Muslim mengkafirkan antara satu dengan yang lain. Menurut beliau membangkitkan semangat berperang dengan orang kafir dalam peperangan tidak membawa manfaat kerana keputusan untuk berjihad bukan di tangan mereka. Malah syarat-syarat untuk melakukan jihad melawan musuh pun tidak mencukupi. Menyibukkan diri dalam perkara sensitif dan mencela penguasa akan melalaikan mereka untuk memahami dakwah yang wajib, laitu membaiki aqidah, membaiki ibadah dan membaiki akhlak. Semua itu adalah fardhu ain.
Menyibukkan diri dalam kegiatan politik adalah tanggung jawab ahl al-hal (penguasa) dan ahl al-aqdi (orang yang telah dibaiat). Secara praktikalnya merekalah yang sepatutnya menghasilkan manfaat. la termasuk perkara hukumnya fardhu kifayah.
Para pendakwah yang serius sangat memerlukan dalil-dalil dan pandangan yang terkandung dalam buku yang ringkas ini.