Kerana Aku Tidak Sempurna

ISBN: 9789675822544
Checking local availability
RM32.90
Product Details

Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Nur Alina seorang gadis biasa yang serba serbi kekurangan. Kekurangan yang ada pada dirinya menjadi bahan ejekan teman-teman sekolahnya. Hati yang pada mulanya tabah menepis segala ejekan daripada orang sekeliling akhirnya rapuh juga apabila dia sendiri telah jatuh cinta dengan pembuli itu.

"Kau nak apa Thaqif?" Nur Alina bersuara.

Thaqif Safwan menekup mulutnya dengan tangan. Gayanya seolah-olah terkejut.

" Mak aih, suara dah macam mak cik - mak cik aku dengar. Hahaha... " Ketawanya meletus di situ juga.

" Kurang asam. Apa masalah kau? Aku sakit tekaklah. Bila sakit tekak, biasalah suara aku jadi macam ni." Muka Nur Alina merah menahan marah. Sudahlah dia kurang sihat ditambah pula sakit tekak. Mahu saja dia menumbuk muka lelaki di hadapannya. Suka-suka hati menghina dirinya.

Ke mana sahaja Nur Alina berada pasti menjadi bahan ejekan Thaqif Safwan sehinggalah tamat alam persekolahan.

Mereka dipertemukan kembali apabila kedua-duanya sah bergelar suami isteri. Pelbagai pahit manis yang ditempuhi semasa di alam perkahwinan kerana masing-masing menyangkal perasaan sayang yang semakin berputik di dalam hati.

Bagi Thaqif Safwan, kesempurnaan lebih penting dalam hidupnya. Nur Alina yang serba serbi kekurangan ditolak ke tepi.

Mampukah dua insan ini mengakui bahawa di dalam hati masing-masing perasaan cinta sudah lama berputik? Mampukah dua insan ini mengakui bahawa di dalam hati masing-masing perasaan cinta sudah lama berputik? Mampukah Thaqif Safwan merendahkan egonya dan terima semua kekurangan isterinya? Adakah cinta kedua-dua insan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat? Kerana Aku Tidak Sempurna merungkai segala-galanya..

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
b
biey
Terbaik!

Terbaik, plot penceritaan yang menarik dan tidak membosankan, mengisahkan seorang gadis yang tabah apabila dihina dan dibuli atas segala kekurangan yang dimilikinya namun rapuh apabila dia akhirnya jatuh cinta kepada pembulinya sendiri.

F
Fara Wahida Safiai

EVERYTHING GOOD.

N
Noora
Kerana Aku Tidak Sempurna.

Plot cerita yang menarik dan tidak membosankan. Kisah seorang gadis yang sering dijadikan bahan ejekan dengan teman2 nya tapi akhirnya terbit rasa cinta dengan orang yang sering buli nya. Walaupun akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Pelbagai ujian pahit manis yang mereka lalui sepanjang perkahwinan mereka. Dapatkah mereka atasi semua ujian ini.

N
Noora
Kerana Aku Tidak Sempurna.

Plot cerita yang menarik dan tidak membosankan. Kisah seorang gadis yang sering dijadikan bahan ejekan dengan teman2 nya tapi akhirnya terbit rasa cinta dengan orang yang sering buli nya. Walaupun akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Pelbagai ujian pahit manis yang mereka lalui sepanjang perkahwinan mereka. Dapatkah mereka atasi semua ujian ini.