Kerana Aku Untukmu

ISBN: 9789670657608
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Love Novel Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages,

DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!

“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia

Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali' yang terus mengikat mereka berdua.

ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.

Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!


“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia
“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry

Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)