Kerana Dia Aina Isabelle

ISBN: 9789672137504
Checking local availability
RM26.00
Product Details

Publisher,Idea Kreatif
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Hidup seorang Aina Isabelle tiba-tiba berubah bila Zafran mengambil keputusan untuk menetap di kampung atas alasan menjaga ibunya yang disahkan menghidap kanser.

"Awak boleh buat sendiri, kan?" Aina

"Awak nak saya call ibu, beritahu yang awak tak nak tolong saya?" - Zafran

Zafran sentiasa gunakan alasan ibu Zaharah untuk membuatkan Aina mengalah. Ibu Zaharah itu, wanita mulia yang sangat Aina hormati.

"Zaf nak kahwin dengan Aina sebab ibu. Zaf nak ibu bahagia." - Zafran

"Jangan lukakan Aina, Zaf. Kahwin lah dengan Sarah, dia yang Zaf cinta. Ibu tetap akan bahagia." - Zaharah

Kerana desakan si anak, Zaharah mengalah. Aina pula menerima kerana dia tidak pernah diajar membantah. Walau dia tahu dia bukan pilihan pertama, tapi tetap juga dia berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan.