Kerana Sesungguhnya
Publisher,Kaseh Aries
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Amboi, seronok mengata saya ya?
Disebabkan itu, esok kena denda. Datang awalsebelum saya datang dan awak kena dudukdalam pejabat saya sehari suntuk. Faham?”
arah Zarith tanpa memandang wajah Yana.
Yana berdecit, geram kerana didenda.Zarith menyimpan senyum.
“Kalau tak paksa memang tak boleh,kan?” soal Yana tidak puas hati.
“Awak ada pilihan lain ke??” soal Zarithpula.
“Tuan... kalau saya ada pilihan. Dahlama saya cincang-cincang tuan masak asampedas. Sedap jugak tu!” kata Yana selamba.Berkerut-kerut dahi Zarith.
“Muka handsome macam ni nak masak asam pedas?
Tak ada standard langsung. Masaklah chicken chop ke... Berselera jugak orang nak makan,”seloroh Zarith bersahaja.
“Muka handsome, perangai buruk buatapa?” balas Yana juga bersahaja.
“Mengata lagi. Mulut tu nak kena cubit agaknya...” kata Zarith.
Tangan kirinya sudah berada di hadapan mulut Yana. Geram dengan mulut yang banyak celoteh itu. Yana sedaya upaya cuba mengelak daripada dicubit. Tiba-tiba tangan Yana digenggam erat oleh Zarith.
Yana seakan terkaku tetapi Zarith hanya mendiamkan diri,
cuma tangannya masih memegang erat tangan Yana.
“Tuan... tangan sa...” kata-kata Yana terhenti di situ apabila tiba-tiba Zarith menarik tangannya.
“Ish! Batal air sembahyang saya...”
kata Zarith cuba menutup kesalahannya. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak sengaja memegang tangan Yana. Sewaktu dia
memegang tangan Yana, dia bagaikan berada dalam dunianya sendiri. Hilang terus bayangan Lisa dari fikirannya.
Yana mencebik. ‘Bila masa mamat ni
ambil air sembahyang?’