Kerinduan
Publisher,Penulisan2u
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 570 g
No. of Pages, 578
Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J' saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.
Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.
“Saya nak Aliff.” - Din
“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar
“Saya ayah saudara dia.” - Din
“Saya bonda dia.” - Hajar
“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din
Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.
Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.
“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar
"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din
Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.