Kerjaya Sebagai Perancang Kewangan Peribadi

ISBN: 9789833586059
Checking local availability
RM18.00
Product Details

Publisher,Pts Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.

Bayangkan seorang yang baru sahaja mendapat ijazah ataupun diploma. Selepas berhempas pulas mencari pekerjaan dia terpaksa bekerja dan menyimpan bagi membeli kereta, rumah, berkahwin dan juga menyara anak-anaknya sehinggalah mereka matang agar berdikari sendiri.

Selain itu dia juga perlu menyimpan bagi memenuhi keperluan persaraan dan juga pada saat-saat kecemasan. Dalam erti kata yang lain, dia terpaksa mengenal pasti matlamat kewangan, menentukan kos bagi mencapainya dan melihat semula berapa yang harus disimpan dan dilabur berdasarkan pendapatan yang diperoleh dengan membuat andaian-andaian kadar pengumpulan yang dapat dicapai.

Dengan mengambil kira tekanan hidup dan kurangnya kepakaran, rakyat jelata sepertinya pasti memerlukan bantuan dalam merancang kewangan. Tidak guna bergaji atau berpendapatan besar tetapi tidak tahu menguruskannya.

Di sinilah khidmat perancang kewangan diperlukan setara dengan keperluan profesional lain seperti doktor, guru dan jurutera. Tidak seperti profesion lain, kerjaya perancang kewangan masih baru dan belum mendapat sebaran meluas sebagai satu kerjaya pilihan di kalangan generasi kita.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)