Kerna Syurga Bukan Percuma 2

ISBN: 9789672118015
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Tarbiah Sentap
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 430 g
No. of Pages,

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”
 
Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.
 
Tapi tak lama..
 
“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.
 
“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.
 
Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.
 
“InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi, akak bagi jawapan eh untuk lamaran abang kawan kamu tu?” kata Adawiyah, melarikan diri seperti biasa.
 
“Ya Allah, pandulah aku dalam setiap keputusan yang aku buat.” Bisik hati kecil Adawiyah.
 
“Kenapa? Kau macam tak percaya ja?” soal Nazmi yang tesenyum sinis melihat Khai.
 
Lemah lutut Khai. Hampir terduduk dia, jatuh ke lantai. Kudratnya yang ada, tiba-tiba terasa lemah tak bermaya.
 
“Nazmi?” kata Khai, terkejut.
 
Nazmi yang ketika itu memandang Khai dengan penuh kebencian dan dendam, tersenyum sinis apabila melihat keadaan Khai yang terkejut melihat dia.
 
“Dulu kau cakap aku munafik. Sekarang, apa beza aku dengan kau? Hahahaha.” Kata Nazmi sambil ketawa tanpa henti, menghina Khai.
 

Customer Reviews

Based on 3 reviews
0%
(0)
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
b
biey
Terbaik!

Penceritaan yang agak complicated sedikit tapi menarik, buku ini mengisahkan betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang.

b
biey
Terbaik!

Penceritaan yang agak complicated sedikit tapi menarik, buku ini mengisahkan betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang.

A
AUNI FAKHIRA
sangat baik

syurga ini bukan percuma
“Ya Allah, pandulah keputusan yang aku buat ini sama ada betul atau salah kerana syurga bukan percuma