Ketika Cinta Menyentap

ISBN: 9789672118053
Checking local availability
RM30.00
Product Details

Publisher,Tarbiah Sentap
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,

Hmm…

Aku selalu fikir. Kenapa, kenapa setiap kali bila aku nak buat baik, mesti ada orang kutuk. Setiap kali aku nak berubah, mesti akan ada orang pertikai dan ungkit kisah silam aku. Kenapa tiap kali aku nak ajak orang buat baik, aku akan di label dengan pelbagai labelan dan kutukan….

Aku rasa, siapa yang pernah tegur kawan dia, mesti pernah kena kutuk dengan ayat-ayat macam ni:

“Kau nak tegur, checkla diri kau dulu! Tak payah nak bajet baik. Kau tu poyo je lebih!”

“Babi sial kau ni… Pergi mati la. Apahal kau nak tegur aku? Kau sape?!!”

“Tegur hikmah la sikit bro….!”

Macam-macam ayat yang biasa di keluarkan oleh mulut-mulut orang yang bencikan kebaikan yang di lemparkan pada mereka-mereka yang nak mengajak mereka pada kebaikan.

Dan…….

“Weh, kau tak payah nak syadid sangat boleh tak? Kalau kau nak syadid, syadid sorang-sorang dah la….

” Huh.

Aku fikir, kenapa benda ni jadi? Tapi, bila aku muhasabah diri aku, dan aku soroti serta kembali baca sirah-sirah nabi dan sahabat, akhirnya aku akan dapat buat kesimpulan:

“Kalau kau nak jadi baik, kau kena bersedia untuk di maki hamun oleh orang ramai dengan pelbagai kutukan…”

Nabi Ibrahim, di campakkan ke dalam api yang besar oleh Namrud dan kuncu-kuncunya. Nabi Musa di buru oleh Fir’aun dan tenteranya. Nabi Zakaria di gergaji sampai mati. Nabi Isa di kejar oleh kaumnya yang ingin membunuhnya. Nabi Nuh di pulau, di herdik dan di hina oleh kaumnya, Nabi Ayub di tinggalkan anak isterinya, Nabi Muhammad di label gila, sesat, pemecah belah umat, ekstrimis, terroris, ahli sihir, dan sehingga sekarang di benci oleh musuh-musuh islam…

Hasan Albanna di tembak mati. Syed qutb di gantung sampai mati. Syeikh Ahmad Yasin dan syeikh Abdul Aziz Al-Rantisi di bom dengan apace sehingga berkecai. Syeikh Abdullah Azzam, di bom melalui telefon bimbit. Pejuang-pejuang islam di penjara berkali-kali, dan tidak pernah hidup senang lenang di muka bumi.

Kenapa semua pendakwah dan pejuang agama akan melalui saat-saat ini?

Kenapa mereka sering di kutuk dan di herdik? Kerana, nak masuk syurga bukan benda yang mudah. Ia amat payah, dan perlu pengorbanan yang besar.

Kalau betul kau nak masuk syurga, kau kena bersedia untuk menempuhi segala cabaran yang bakal berlaku.

Kalau kau nak BERUBAH, kau kena bersedia! Kalau kau nak BERDAKWAH, kau kena bersedia! Jangan hirau apa orang kata. Kau ada Allah.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)