Ketika Kematian Datang Begitu Indah
Publisher,Al-Mihrab Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 900 g
No. of Pages,
Kematian adalah perkataan yang sangat menggetarkan jiwa dan raga bagi sang perindu Allah, tetapi ia tidak bermakna bagi sang pencinta dunia. Sebuah permulaan yang indah bagi manusia yang selama hidupnya sibuk mengumpulkan bekalan amalan, tetapi sebuah pengakhiran yang mengerikan bagi mereka yang hanya leka dengan fatamorgana dunia.
Bersumberkan al-Quran dan hadis, buku ini mengupas segala perkara yang berkaitan dengan kematian. Petikan ayat-ayat dan surah-surah di dalam buku ini menjadi bukti bahawa kehidupan setelah kematian itu sebuah kenyataan.
Kematian hanyalah persinggahan sementara untuk menunggu hari kebangkitan semula. Oleh itu, buku ini merupakan persiapan kematian terbaik yang harus dimiliki oleh kita semua. Selain persiapan untuk mendapatkan husnul khatimah, buku ini juga membahaskan tentang persediaan yang harus kita lakukan bagi menghindari suul khatimah.
Sebagai renungan, buku ini dilengkapi dengan kisah kewafatan Nabi Muhammad, para khalifah, sahabat nabi, raja dan ilmuwan terdahulu. Marilah kita sama-sama mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Sedarlah! Ketika kematian datang menjemput kita, saat itu tiada lagi peluang dan kesempatan untuk kita kembali ke dunia.