Ketika Malaikat Tidak Bersayap
Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Himpunan kisah-kisah penuh hikmah;
Suatu ketika, Allah mengutus malaikat maut yang menjelma dalam bentuk seorang lelaki kepada Musa. Malaikat meminta Nabi Musa menjawab panggilan Tuhan. Ini bererti bahawa ajalnya telah tiba dan saatnya telah dekat. Disebabkan Musa mempunyai emosi yang cukup tinggi, Baginda telah menampar wajah Malaikat maut dan merosakkan matanya.
Malaikat maut kembali kepada Allah untuk mengadukan apa yang diperolehinya daripada Musa lalu berkata: “Engkau menyuruhku pada hamba yang tidak mahu mati.”
[Jami'ul Usul: bab orang yang ingin dikubur di tanah suci. 3/206, No. 1339]
“Dulu semasa aku pergi untuk menunaikan solat isyakaku telah diculik oleh jin. Aku menetap bersama mereka. Suatu hari, golongan jin yang menculikku diserang oleh golongan jin Muslim. Pertempuran itu telah dimenangi oleh golongan jin Muslim. Cukup banyak golongan jin pertama yang ditawan dan termasuklah aku. Para jin Muslim yang menawan kami bertanya padaku, ‘Apa agamamu?'‘Aku orang Islam,' jawabku.
‘Engkau sama seperti kami, sehingga kami tidak bolehmenawanmu.' Kata mereka, lalu mereka menawarkan kepadaku untuk hidup bersama mereka atau kembali”....