Ketika Takdir Menyapa

ISBN: 9789675822155
Checking local availability
RM31.90
Product Details

Publisher,SR Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 1100 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Peluang bermusafir ke bumi Anbiya membuka lembaran kehidupan yang baru kepada Julia Hana. Musibah yang dilalui ketika di tanah air rupa-rupanya sarat dengan hikmah tersembunyi. Bergelar isteri kepada Amirul Mahfuz dalam tempoh yang singkat bukanlah kehendaknya.

Julia Hana terdiam membisu. Saat Amirul Mahfuz menyuarakan hasrat hati, Julia Hana terkedu dan dia berasa amat malu ketika itu. Malu kerana dirinya dilamar ketika dia benar-benar tidak berdaya. Malu dengan keikhlasan hati Amirul Mahfuz yang redha menerimanya sebagai isteri atas ketentuan Illahi.

“Memperisterikan aku? Kerana.....kerana kasihan barang kali? Aku dilamar kerana dia berasa kasihan.....”

28 tahun Tan Sri Aminuddin berkelana sebelum dia kembali mencari Melati, isteri yang diabaikannya. Dia dibelenggu rasa bersalah yang teramat. Justeru, dia berusaha menebus kesalahan, mengembalikan hak dan bertekad menunaikan tanggungjawab yang terabai walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. Namun, keinsafan yang dirasai telah terlewat untuk disuarakan kerana takdir ternyata merencanakan sesuatu yang lain untuknya.

“Bekas isteri? Aku tak pernah ceraikan dia.....tak pernah. Jadi.....dia masih isteri aku.....dia masih isteri aku!”

Aina Kamalia keliru dengan identiti diri yang terbongkar. Fitnah, dendam dan salah sangka menjadi duri pidana mencarik-carik kebahagiaan yang baru dikecapi. Ikmal Muzafar jejaka idaman yang mula bertakhta di hatinya bakal dijodohkan dengan Julia Hana. Kembara cinta Aina Kamalia dihambat dendam kesumat dan kebencian. Terlambatkah penyesalan yang dilafazkan ketika kebenaran tidak mampu dihindari lagi?

Penantian sepanjang usia terpaksa dilalui Pak Hassan kerana hajatnya untuk mendengar puteri kesayangan memanggilnya ‘abah' ternyata tidak kesampaian. Namun, lelaki berjiwa besar ini tidak sesekali menyesali akan takdir yang tersurat. Pak Hassan tetap berpuas hati kerana diberi kesempatan untuk menjaga dan meladeni puteri kesayangannya itu ketika sakit.

“Emilya anak abah.....bukalah matamu nak. Abah nak bercakap-cakap denganmu nak. Bukalah matamu nak.....bukalah nak.....Allah.....Allah”

Di saat manusia dihadirkan ke mukabumi ini, mampukah dia menjadi insan kamil yang tawaduk kepada Yang Maha Pencipta? Yang mampu melihat kehadirannya sebagai satu anugerah dalam menguji keimanan hakikinya kepada Yang Maha Esa. Ketika takdir menyapa, apa yang tersurat di lohmahfuz tidak akan mungkin berubah melainkan dengan izin dan kehendakNya jua...

 

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)