Khair, Sweetness In You

ISBN: 9789671794630
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,RC Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 411

"Kehadapan Kak Yana, Ir dah lama suka Kak Yana. Ir tak nak Kak Yana bercinta dengan Bob. Ir nak jadi kekasih Kak Yana."

Aku tergelak besar. Khair Ikhsan. Budak tu 10 tahun. Muda dari aku 5 tahun. Tak padan dengan kecik, ada hati nak mengurat! Dalam hatiku, dia bukan siapa siapa. Aku masih teringat tangisan Khair apabila dibawa oleh keluarganya berpindah ke luar negara. Kini 15 tahun telah berlalu. Dia pulang. Dan aku masih lagi suka menyakatnya.

"Teringin aku nak ungkit masa kecil dia." Ujarku pada Yuhanis, kakak Khair merangkap kawan baikku dari kecil.

"Ha, Khair... Ingat tak siapa ni? Ni la Kak Yana." Tanya Yuhanis. Khair pandang aku sekilas.

"Tak. Tak ingat." - Khair Ikhsan

Eh? Biar betul tak ingat? Tapi kalau tak ingat, kenapa di mana ada aku, dia muncul di situ?

"Yana... You jadi girlfriend I."

Aku hampir tersedak mee goreng.

"Siapa?" soalku dengan suara yang hampir tenggelam.

"You dan I."

Kata Yuhanis, Khair tidak main-main. Dia serius. Tapi padaku, kami berdua tidak sepadan. Kerana itu aku memilih untuk mendekati Fuad.

"Kalau Khair masih ada simpati, jangan ganggu hidup akak lagi. Perempuan kalau dah move on, tak perlu di try. Sebab takut timbul benci." - Aku

Tapi, sudah tertulis jodohku dengannya. Berkali-kali aku mengelak dan menolak, dia masih berdegil untuk mengusik perasaanku.

"I faham kalau you tak sayangkan I sepertimana I sayangkan you. I percayakan you, sebab yang mengikat hati kita bukan sekadar perasaan. Tapi tanggungjawab, kasih sayang dan juga hubungan halal." - Khair

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)