Khasiat & Manfaat Madu Herba
Publisher,Synergy Books
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Madu merupakan salah satu produk lebah yang paling istimewa. Selain sebagai pemanis, madu juga memiliki banyak khasiat untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Untuk keperluan itu, madu biasanya diambil bersama-sama dengan beberapa tanaman ubat. Hasil campuran kedua-dua jenis bahan ini dipanggil madu herba.
Mungkin masih sedikit yang mengetahui khasiat madu herba. Buku ini sengaja diterbit untuk memberikan informasi lengkap mengenai madu herba dan menawarkan alternatif kepada orang yang sedang menderita suatu penyakit dan sedang berusaha merawatnya.
Buku ini menerangkan secara lengkap dan sistematik tentang cara-cara serta teknik membuat madu herba. Turut dilengkapi dengan ramuan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dari satu sifat yang ringan hingga yang berat. Pelbagai jenis tanaman herba juga banyak digunakan dalam membuat ramuan madu herba. Jenis dan khasiat madu juga ada diterangkan dala buku ini.
Berdasarkan beberapa keistimewaan tersebut, buku ini selayaknya untuk anda miliki. Dengan membaca buku ini, anda pasti dapat membuat ramuan madu herba sendiri yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang anda hadapi.