Khilaf : Perselisihan Pandangan Dalam Agama
Publisher,Must Read
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Secara fitrah, manusia sememangnya dikurniakan kekuatan dan cara pemahaman yang berbeza antara satu sama lain. Atas fenomena tersebut, terbitbanyak perbezaan pandangan di kalangan mereka seterusnya membentuk pelbagai aliran.
Oleh kerana perbezaan pandangan tanpa batasan semakin membarah, membuatkan mereka semakin jauh menyimpang dari syariat Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT sebagai satu-satunya cara hidup. Kemudian diutus para nabi dan rasul untuk membimbing manusia menuju keredaan Allah SWT. Kehadiran para nabi dan rasul Allah SWT bertujuan sebagai guru dan pembimbing kepada manusia. Menceritakan khabar gembira buat mereka yang taat mengikuti Islam secara sempurna dan memberi peringatan azab pembalasan di akhirat kelak kepada mereka yang ingkar. Dengan itu disertakan bersama utusan-utusan Allah SWT, kitab yang menjadi rujukan buat manusia.
Justeru, peranan kita adalah berusaha mengejar kelayakan semoga Allah SWT mengurniakan hidayah dalam pencarian terhadap kebenaran yang hakiki. Dengan kesungguhan itu, moga dibimbing ke jalan yang lurus. Ia mencakupi aspek aqidah, ibadat, cara hidup dan syiar syariat Islam yang ulung. Kesimpulan secara umum yang boleh diambil, sesungguhnya perbezaan pandangan ataupun khilaf antara manusia dikenal pasti terbahagi kepada tiga bahagian