Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu
Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri?
Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama.
Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun.
Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengingatkan hakikat keberadaan dan kewujudan mereka atas muka bumi ini, ia adalah kesengajaan Sang Pencipta sebagai ujian untuk mengetahui hamba-Nya yang mana patuh dan taat serta sebaliknya. Tujuannya apa? Tiada lain melainkan untuk menunjukkan kemahakuasaan-Nya semata-mata.
Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai ujian iman yang paling besar kepada makhluk yang ditaklifkan iaitu manusia dan jin. Selain daripada keduanya tiada beban tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak di akhirat, ia adalah kemuliaan sekali gus adalah beban yang maha berat.
Sebagai negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi dan ada yang bercampur-aduk diantara budaya yang dibawa sehingga kini. Buku ini memfokuskan untuk menerangkan tentang khurafat,tahyul dan mistik di Alam melayu untuk pengetahuan untuk semua agar lebih jelas.
Sebuah buku yang mendedahkan tentang khurafat,tahyul Dan mistik di Alam melayu. Manusia secara fitrahnya selalu menimbulkan persoalan tentang siapakah Tuhan mereka, hakikat Tuhan itu, bagaimana manusia wujud dan pelbagai lagi tanda tanya yang muncul dalam fikiran mereka sejak dari sebelum zaman Nabi Muhammad SAW. Buku Ini juga membongkar amalan yang masih dilakukan oleh masyarakat yang boleh membatalkan akidah mereka. Buku Ini datang sebagai peringatan dan pesanan tentang segala perlakuan terlarang yang perlu dihindari meskipun dianggap normal dalam komuniti masyarakat.
Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai ujian iman yang paling besar kepada makhluk yang ditaklifkan iaitu manusia dan jin.