Khutbah Khulafa Ar-Rasyidin

ISBN: 9789673611201
Checking local availability
RM19.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (para pemimpin yang lurus dan terbimbing) ialah empat khalifah (pemimpin) kaum Muslimin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Empat khalifah tersebut ialah:

Abu Bakar as-Siddiq
Umar ibnu al-Khattab
Uthman ibnu Affan
Ali ibnu Abu Talib

Mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah SAW. Berkat usaha yang dilakukan, risalah Islam tersebar ke seluruh penjuru dunia.

Tinta emas sejarah Islam mencatatkan jasa agung Khufala' ar-Rasyidin dalam memajukan umat Islam dan kejayaan Islam di muka bumi ini.

Manakala dalam tinta keabadian Islam turut mencatat khutbah-khutbah dan nasihat-nasihat agung Khulafa' ar-Rasyidin yang selalu memberikan inspirasi kepada kaum Muslimin dalam menempuh sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar berpegangn teguh pada sunnah-Nya serta mentaati para pemimpin yang lurus dan terbimbing, sebagaimana sabdanya.

“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat kepada pemimpin meskipun dia seorang hamba hitam. Dan kamu akan melihat perselisihan yang sangat teruk setelah aku tiada nanti, maka hendaklah kamu mengikuti sunnah-Ku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin Mahdiyyin, gigitlah ia dengan gigi geraham (berpegang teguhlah padanya) dan jauhilah perkara-perkara muhdatsat (hal-hal baru dalam agama), kerana setiap yang muhdatsat itu adalah bidaah, sesungguhnya setiap bidaah (mengadakan hal-hal baru dalam agama tanpa rujukan al-Quran dan sunnah) adalah kesesatan.” (HR Abu Daud: 3540)

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)