Kill Lea

ISBN: 9789672474944
Checking local availability
RM38.00
Product Details

Publisher,RMA Studio
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

"Kau ni bawa sial, tahu tak? Kau lahir dalam penjara, anak banduan! Patutnya kau tak wujud pun dalam hidup aku!" - Intan

Hazelea menderita sejak kecil. Ibunya meninggal dunia setelah melahirkan Hazelea di dalam penjara. Dia dipinggirkan oleh papanya sendiri, Hakim. Dihina dan didera oleh ibu tirinya, Intan. Dia juga dibuli oleh adik tirinya, Adra. Namun, dalam kelam hidupnya, wujud satu cahaya, Tengku Wakill. Hazelea bahagia.

Namun, segalanya musnah apabila selepas seminggu dia melahirkan Tengku Afiya (Yaya), dia meninggalkan suami dan anaknya tanpa sebarang jejak. Tengku Wakill kemurungan selepas kehilangan isterinya. Setelah empat tahun berlalu, Tengku Wakill memilih untuk bertunang dengan Adra tetapi pada hari pertunangannya, Hazelea pulang.

"Empat tahun, Lea. Empat tahun saya belajar untuk move on. Jangan rosakkan semuanya sekarang. Saya dan Yaya dah bahagia tanpa awak. Kami dah tak perlukan awak dalam hidup kami." - Tengku Wakill

"Adra tak pernah paksa mereka terima Adra. Semua ini berlaku sebab Kak Lea yang tinggalkan mereka. Semua yang berlaku sekarang ni salah Kak Lea." - Adra

Paling menyayat hati, Yaya memanggil Adra sebagai mama! Yaya juga tidak pernah tahu kewujudan Hazelea.

"Mama? Tapi Yaya dah ada mama. Nama mama Yaya, Adra." - Yaya

Hazelea tetap bertahan di sisi suaminya demi Yaya. Namun, dia kini bukan lagi Hazelea yang dulu. Dia takkan biarkan dirinya dihina dan dibuli lagi.

"Status Adra setakat tunang tapi Kak Lea ni isteri yang sah. Jadi Kak Lea nak nasihatkan Adra, jaga sikit maruah." - Hazelea

Mampukah Hazelea terus bertahan apabila semua pihak ingin dia pergi? Majlis perkahwinan Tengku Wakill dan Adra juga semakin hampir. Tengku Wakill pula, benarkah pintu hatinya sudah tertutup untuk Hazelea? Dan apakah sebenarnya rahsia yang Hazelea simpan selama ini?

Rungkai semua jawapan dalam novel KILL LEA yang penuh emosi dan air mata ini.

 

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)