King Haidar

ISBN: 9789674691905
Checking local availability
RM38.00

Takdir mereka sudah lama terjalin

Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya.

Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar!

King! Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar.

“You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet – SURIA ANDREANA

Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X.

Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa – RAJA HAIDAR

Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan!Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan.

“Do you trust me, little sun?” – RAJA HAIDAR

Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?

 
Product Details

Publisher,KARYASENI
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 823

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)