Kintsukuroi Dua Hati

ISBN: 9789674691684
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Karya Seni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 375

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Melur itu sifatnya bersih dan suci. Ia tenang. Cemar pada melur hanya menceritakan tentang noda pada tangan pemegangnya. Kelopak melur yang terusik hanya menggambarkan kurang cermatnya si pemegang. Tidak ada salahnya pada si melur.

Panggilan daripada Natasha pada suatu malam mengejutkan Farihin. Telah lama gadis itu dijauhinya gara-gara patah hati. Ya, Natasha telah bertunang tanpa sempat dia meluahkan rasa.

Gadis itulah yang telah mengembalikan senyumnya sejak dia alami kemurungan kerana kehilangan Sakura dan ayahnya.

"Kau suka anak aku? Kau ambillah dia," - Encik Salim

Begitu mereka disatukan, bertitik tolak daripada amarah si bapa.

Farihin menerima Natasha tanpa syarat. Bagaimanapun jodoh mereka bertemu, takdir menjadikan Natasha sebagai isterinya.

"Saya cuba lintas jalan menuju ke Pusat Islam agar dilanggar kereta dan jika saya mati, orang akan kata saya mati dalam perjalanan ke Pusat Islam. Namun alhamdulillah saya tersedar apabila sudah nyaris dilanggar kereta... Jika semua orang kata saya mati dengan husnul khatimah, kesudahan yang baik... Allah tahu saya bunuh diri."

Jika Natasha tanpa sedar telah mengeluarkan dia dari lohong gelap jiwanya, Farihin dengan sedar mahu mengembalikan senyum, tawa dan cahaya dalam hidup Natasha.

Farihin tidak akan membiarkan Natasha seperti tembikar pecah yang dibiarkan tersadai di penjuru bilik. Dia akan memalam retak-retak hati Natasha dengan cinta dan kasihnya. Natasha akan menjadi tembikar anggun, tegak bermaruah menghiasi ruang paling utama hidup mereka.

"Sukidesu, daisukidesu - Natasha

"Saya suka awak, sayang sangat pada awak." - Farihin

"Soudesu ka?" - Natasha

Customer Reviews

Based on 1 review
0%
(0)
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Siti Radhiah
Kintsukuroi Dua Hati

Sememangnya hasil karya penulis lama memang lain macam menyengatnya. Terserlah kematangan pada jalan cerita, dihiasi dengan bahasa yang puitis memang terasa lain macam auranya.