Nurul Syuhaida:
Kehangatan rindu ini milikmu, Firdaus. Rindu yang tidak pernah luput dari sanubariku. Kerana rindu itu menjadikan aku lupa pada Hakim di sisiku. Lupa pada tanggungjawab yang telah diamanahkan padaku. Namun aku tidak mampu melupakan kesetiaanya Hakim padaku.