Kisah-Kisah 'Tidak Sahih' di Meja Penceramah

ISBN: 9789673611775
Checking local availability
RM19.00
Product Details

Publisher,Kemilau Publika
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 500 g
No. of Pages,

Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerana inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama. Tetapi, adakah kita pernah bertanya samada kisah-kisah yang disampaikan oleh penceramah itu sahih atau tidak? Selalunya kita akan telan bulat-bulat apa jua yang disampaikan. Buku ini bukan mahu memberi tanggapan negatif terhadap program ilmu yang dianjurkan oleh masjid dan surau, tetapi sekadar meluruskan kisah-kisah mengenai Nabi atau sahabat Nabi. Kita tidak mahu Nabi dan para sahabat Nabi menjadi bahan fitnah hingga wajah agama menjadi hodoh.

Antara kisah yang dipaparkan:

:: Kisah Rasulullah SAW dengan Jiran Yahudi
:: Kisah Al-Qamah
:: Adakah Umat Islam Berpuasa ketika Perang Badar?
:: Umar Berhijrah Secara Terang-terangan
:: Kisah Umar Bin Al-Khattab r.a. Dimarahi Isterinya dan banyak lagi …

Ayuh, mari membelek buku ini agar kita tidak menjadi bebal dan jahil yang tak bertepi. Kita hanyalah bilangan hari yang semakin hampir kepada pencipta. Penuhilah masa dengan ilmu yang sahih dan bermanfaat.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)