Kisah-Kisah Tidak Sahih Di Meja Penceramah
Publisher,PTS Millennia
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Menceritakan mengenai kisah-kisah nabi, sahabat dan ulama terdahulu yang perlu disemak semula kesahihannya. Menariknya, kisah-kisah tersebut popular dan selalu diulang kali dalam ceramah. Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.
Isi Kandungan:
- Kisah Rasulullah s.a.w. Dianiaya Oleh Jiran Yahudi
- Kisah Penderhakaan Alqamah Terhadap Ibunya
- Kisah Pertarungan Antara Rasulullah s.a.w. Denngan Rukanah Bin Abd Yazid
- Adakah Umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
- Kisah Tha’labah Bin Abd Al-Rahman
- Umar r.a. Berhijrah Secara Terang-terangan?
- Kisah Wanita yang Taatkan Suami
- Kisah Hindun Melapah Hati Hamzah
- Usia Ummu Al-Mukminin Khadijah
- Kisah Umar Al-Khattab r.a.Menanam Anak Perempuannya
- Kalimah Ummati (Umatku) Sebelum Rasulullah s.a.w. Wafat
- Kisah Umar Al-Khattab Dimarahi Isterinya
- Kisah Pemberontakan Abu Sufyan r.a.
- Fitnah Terhadap Uthman Bin Al-Affan r.a.
- Kisah Al-Hassan Al-Basri Dengan Rabi’ah Al-Adawiyah
- Kisah Taubat Malik Bin Dinar
- Kisah Rabi’ah Al-Adawiyah dan Bapanya
- Kisah Imam Malik dan Pemandi Jenazah Perempuan
- Syair Abdullah bin Al-Mubarak Kepada Fudayl Bin ‘Iyad
- Kisah Perebutan Perisai Antara Ali r.a. Dengan Zimmi (Yahudi)
Sebuah buku yang mendedahkan kefahaman yang selama ini telah ditelan oleh masyarakat kita dek kerana percaya bulat bulat terhadap sesuatu sumber tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Seringkali manusia biasa yang lemah akan percaya terhadap apa yang diucapkan oleh penceramah atau tulisan dalam sesuatu buku atau kitab. Maka, buku ini kembali menunjukkan salah faham yang telah berlaku sebelum ini. Buku ini bagus dalam merubah kembali tanggapan Kita yang sebelum ini mungkin tersalah anggap terhadap sesuatu perkara. Buku yang bagus untuk rujukan Dan panduan.
Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.
Penulis mengulas perbincangan teknikal ilmu hadith pada laras orang awam tentang banyak kisah yang biasa kita dengar. Buku ini bakal membuka mata. Buku yg sangat bagus dan patut dibaca oleh semua orang.
Penulis mengulas perbincangan teknikal ilmu hadith pada laras orang awam tentang banyak kisah yang biasa kita dengar. Buku ini bakal membuka mata. Buku yg sangat bagus dan patut dibaca oleh semua orang.