Nabi Muhammad S.A.W. adalah teladan utama kita sebagai manusia yang mengaku beragama Islam. Kehadiran baginda bukan sekadar memberi manfaat kepada penduduk Arab di sekitarnya sahaja, tetapi merupakan rahmat kepada seluruh alam. Rasulullah S.A.W. adalah seorang manusia yang patut dicontohi tidak kira dalam apa jua aspek kehidupan. Baginda S.A.W. adalah seorang yang unggul sebagai daie, penasihat, pemimpin, suami, ayah, sahabat, jiran, imam, dan sebagainya.