Kita Tenggelam Dalam Nafsu
Publisher,Karya Bestari
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
“Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita.”
KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil… dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.
KITA TENGGELAM DALAM NAFSU menampilkan gugusan pengalaman insan yang pernah melalui jalan kegelapan disebabkan kejahilan diri sendiri. Namun, ada janji-NYA terhadap golongan yang ingin kembali ke jalan keimanan. Ada juga ganjaran-NYA bagi yang mahu bertaubat. Semua itu menjadi lambang betapa DIA tidak pernah melupakan kita. Jadikanlah muhasabah diri yang disulami taubat seikhlas hati sebagai panduan menuju kebahagiaan yang hakiki.
Antara Kandungan Menarik:
Takdir ALLAH, Saya Di Sini