Kita Tukar Nak?
Publisher,Alaf 21
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Baju-t, jeans, skirt, gaun kembang... Itu semua menjadi kesukaan Qistina yang hidup serba moden. Kalau makanan semestinya dia memilih chicken chop, spageti dan semua jenis makanan Barat. Bergelar anak datuk menjadikan Qistina manja dan kurang berdikari. Tetapi setelah mengikuti aktiviti perkhemahan kelasnya, berlaku kejadian di luar jangkaan Qistina.
Pertemuan dengan Teratai, seorang gadis kampung yang seiras wajahnya, bersopan santun dan bertanggungjawab telah mencetuskan idea buat Qistina. Teratai menerima idea itu walaupun dia masih berasa ragu-ragu dan agak takut.
Penerimaan Teratai terhadap idea Qistina itu menyebabkan berlakunya pelbagai konflik. Apakah yang dilakukan Qistina dan Teratai? Adakah mereka mencetuskan kontroversi?