Kita yang Terpilih
Publisher,Fajar Pakeer
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Cinta
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Menemukanmu adalah satu ketetapan. Memilihmu adalah satu kesempurnaan. Saling memberi dan menerima itulah yang menyempurnakan sesebuah ikatan. Penantian lima tahun Harith dan Noureen tidak mematahkan harapan meskipun tidak sempat bersama dengan kedua-dua anak syurga mereka. Selagi ada jalan tiada istilah putus asa.
“Umi nak kita batalkan ambil anak angkat.” - HARITH DANIYAL
“Habis, apa kita nak buat?” - NOUREEN
Yang tidak masuk akal apabila ibunya menyuarakan hasrat yang Harith sendiri tidak pernah terfikir. Perlukah? Tidak! Cukup dia punya seorang isteri. Kalau Noureen tidak sanggup, dia lagi tidak rela.
“Reen dah bosan sangat ke tengok muka abang hari-hari? Dah jemu pandang muka abang sampai main paksa-paksa macam ni?” - HARITH DANIYAL
Namun Noureen nekad dengan pendiriannya, walaupun dengan kata setuju itu bakal mengecewakan.
“Reen nak abang terima takdir hidup kita yang sekarang ini tidak seperti apa yang kita pernah impikan dulu. Hanya Dia yang berhak tentukan perjalanan hidup setiap hamba-Nya.” - NOUREEN
Bagi Harith itu keputusan Noureen bukan dia. Dia bukan dipaksa tetapi terpaksa. Dia mahu buktikan yang kebahagiaannya cukup untuk seorang bukan untuk dikongsi apalagi untuk dibahagi. Saat cinta, setia dan bahagia, apa yang mampu dipertahankan? Kemampuan diri, tuntutan hati … mana yang harus dituruti? Janji dilafaz, impian dirancang… siapa yang bakal mengingkari? Sekuat mana pun dia berpegang pada janji tetap bukan syarat untuk mereka mengecapi impian yang diidam. Sesulit apa pun keadaan, tak akan ada yang meninggalkan dan tak akan ada yang ditinggalkan.
Sebuah novel yang menyentuh hati pembaca. Mengisahkan pasangan yang sudah berkahwin namun tidak dikurniakan zuriat. Pelbagai konflik yang dihadapi mereka berdua menguji perkahwinan mereka. Apakah kesudahan kisah mereka berdua. Kena dapatkan novel ini cepat.
Selagi ada kemahuan pasti ada jalan.Di dorong dengan kesabaran jangan pernah putus asa dalam penantian.Penyampaian penulis memberi impak yang kuat pada pembaca.Harus memiliki senaskah
Saat cinta, setia dan bahagia, apa yang mampu dipertahankan? Kemampuan diri, tuntutan hati … mana yang harus dituruti? Janji dilafaz, impian dirancang… siapa yang bakal mengingkari? Sangat menarik novel ni. Very recommend !
Saling memberi dan menerima itulah yang menyempurnakan sesebuah ikatan. Penantian lima tahun Harith dan Noureen tidak mematahkan harapan meskipun tidak sempat bersama dengan kedua-dua anak syurga mereka. Selagi ada jalan tiada istilah putus asa