Kitab Budak Matrik
Publisher,
Publication Date,
Format,
Weight,
No. of Pages,
Leyka datang ke matrikulasi membawa hanya satu misi: habiskan dua tahun supaya boleh sambung degree.
Ya, itu sahaja misi Leyka apabila datang ke Kolej Matrikulasi Budi.
Cuma orang kata, bukan senang nak senang. Betullah kut sebab hari pertama pendaftaran sahaja, sudah macam-macam likunya.
“De, Cik Ani baru call mak.”
“Kenapa Cik Ani call?”
“Van Pak Cik Rahmad tiba-tiba mati, tak boleh nak start enjin.”
Dua tahun, masa yang panjang untuk dihabiskan, nak pula kalau tersangkut di sebuah tempat yang terpencil seperti Kolej Matrikulasi Budi.
Tapi dengan orang yang tepat... Dua tahun rasa macam dua bulan sahaja.
"Ambillah, aku bagi ni.”
“Tak nak, terima kasih. Takpe, saya baru lepas makan. Kenyang lagi.”
“Siapa cakap aku bagi roti ni suruh kau makan? Roti ni untuk ikan."
Ini bukan cerita cinta, tapi cerita tentang persahabatan. Tentang hari-hari yang disangka biasa, tapi paling kita rindu apabila semuanya sudah berlalu.
Ikuti kisah Leyka dan rakan-rakannya menghabiskan pengajian dalam Kisah Budak Matrik!