Kitab Lengkap Panduan Solat (9789674393595)
Publisher,AL-HIDAYAH PUBLISHER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 296
Buku ini menjadi panduan asas kepada anda untuk memahami ibadah solat yang menjadi tiang agama.
Buku ini dilengkapi dengan ilustrasi yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum dan selepas dilakukan.
Buku ini juga memuatkan amalan wirid dan doa selepas solat beserta terjemahannya. Mudah-mudahan pengajian buku ini dapat mempermudahkan khususnya kanak-kanak memahami kepentingan ibadah solat serta cara mengajarkannya dengan betul dan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: ‘Barang siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunnah, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Aku-lah pendengarannya yang dia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang dia jadikan untuk memukul dan kakinya yang dijadikan untuk berjalan, jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku memberi, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Aku melindunginya….”