Mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanita-wanita yang kematian suami lebih menyenangi kehadiran Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang berterbangan bersama-sama usus-ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi "kak-kak-kak-kak" di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh-roh pelbagai bangsa yang menghantui Malaysia.