Jahitan manik "bracelet" menjadi pengajaran utama dalam judul buku volume 3 kerana ia merupakan salah satu jahitan yang popular di pasaran jahitan sekarang. Teknik jahitan ini berlainan dan rupanya seperti rantai atau aksesori wanita yang sering dipakai sebagai hiasan kecantikan diri. Cara jahitan "bracelet" ini ada diajar menggunakan 2 jarum berlainan dalam buku ini. Walaupun beberapa jahitan adalah menggunakan 2 jarum berlainan tetapi akan senang dipelajari kerana disertai dengan gambar yang jelas dan langkah-langkah yang terperinci.