Dragania: Salasilah #1
Publisher,Buku Prima
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,
Shelf: MUTIARA MINDA / KOMIK & NOVEL GRAFIK / NOVEL GRAFIK/KOMIK
Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.
Kesaktian Petaka Alam membolehkan dia menjelajah ke alam lain. Lantaran itu, dia berdepan dengan musuh yang tidak terduga. Pada saat yang genting itu, dia telah dibantu oleh Ratu Naga. Oleh kerana Petaka Alam ialah seorang pendekar sakti istimewa, Ratu Naga menganugerahkan Delima Naga Keramat kepadanya supaya kuasa dalaman Petaka Alam dapat dipertingkatkan sebagai perisai dan juga kesaktian baru.
Petaka Alam bukan sekadar pendekar sakti handalan, malah dia seorang yang penyayang. Namun, ada sesuatu yang menggusarkan hati serta perasaannya setelah dia mengambil seorang anak angkat. Dia menyangka dengan melatih anak angkatnya itu menggunakan ilmu kesaktian miliknya bakal menyelamatkan masa depan. Tetapi, semua itu di luar jangkaan Petaka Alam. Dia tetap berdepan dengan musuh yang amat menakutkan.
Dapatkah Petaka Alam menyelamatkan anak angkatnya dan masa depan? Pengembaraan Petaka Alam baru saja bermula....