Komik Gaza Mini #2: Palestin Terancam Angkara Khianat

ISBN: 9789832423805
Checking local availability
RM10.00
Product Details

Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: Mutiara Minda / Novel / Komik & Novel Grafik

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza. Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru. Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat. Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah. Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain? Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Syahirah
Sangat Menarik

Untuk siri ke 2 ini, azam Gaza hanyalah mahu mempertahankan keamanan di bumi Palestin. Pelbagai pendapat yang berbeza untuk mempertahankan Palestin adakalanya akan mengundang pelbagai dugaan. Di dalam siri kali ini juga diceritakan mengenai nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II. Walaupun diceritakan dalam bentuk komik ilustrasi, namun membacanya tetap mengundang pelbagai perasan gembira, sedih dan geram.

F
Fizah
KOMIK GAZA MINI #2: PALESTIN TERANCAM ANGKARA KHIANAT

Sejarah palestin yang dikisahkan melalui komik fiksyen. Bacaan yang santai dan mudah difahami sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Buku yang berkisar tentang konflik perpecahan rakyat Palestin sendiri. Tidak semua rakyatnya bersatu dan bersependapat dalam perjuangan mereka. Akibat ketaksuban, perpaduan mereka menjadi retak dan menjadikan Palestin hilang kekuatan. Akhirnya pihak musuh mengambil kesempatan dengan mengatur strategi yang lebih berkesan untuk menguasai bumi Palestin.

z
zafirah
Sekuel Dari Komik Mini Gaza # 1

Untuk sekuel ke 2 ni pula, penulis menceritakan bagaimana terjadinya penjajahan ke atas Palestin. Semuanya berpunca dari sifat khianat dan asobiyyah yang melampau sehingga terjadi pemecatan ke atas Sultan Abdul Hamid.
Selain lukisan ilustrasi kartun untuk yang menarik juga disertakan infografik fakta yang sangat berguna untuk lebih memahami setiap satu situasi yang terjadi.Memang buat kita lebih menghargai erti kebebasan