Komik Islam Sehari-hari: Panduan Akhlak Islam Seharian
Publisher,Pustaka Maghfirah
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,
Dengan kesabaran, Rasulullah SAW memberikan teladan dan mesej kebaikan kepada umatnya, termasuk bagaimana menjalankan islam dalam kehidupan sehari-harian, kerana kelalaian sesetengah orang, ada kesalahan-kesalahan yang tidak satu-dua kali mereka lakukan, tetapi berulang kali.
Mungkin banyak kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar; seperti mencela makanan, mungkir janji, mendedahkan aurat, hinggalah kepada cara pemanduan yang tidak berhemat. Padahal, empat belas abad silam, Rasulullah SAW sudah berpesan agar kita menghindari perbuatan-perbuatan tersebut.
Kalau kita renungkan, tak satu pun mesej Rasulullah yang tidak penting, meskipun ianya kelihatan remeh.
Nah, komik ini menyentuh berbagai kesalahan yang sering kita temui dalam kehidupan sehari-hari. Kerana berdasarkan hadits Rasulullah SAW, kesalahan tersebut selayaknya menjadi bahan renungan agar kita menjadi peribadi yang lebih baik lagi.