Komik-M: Dunia Conteng JAS #2 - Pempengaruh Kampung (2025)
Publisher,Komik-M
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 0.11 kg
No. of Pages, 105
Dalam suka, ada duka. Dalam
duka, ada takut!
Inilah yang saya rasa sekarang. Saya gembira akan habiskan musim cuti sekolah
bersama Tok Chik di kampung. Saya sedih kerana tidak dapat meluangkan masa
bersama ayah. Tapi ada sesuatu yang buat saya tidak senang duduk, iaitu...
... Teja!
Siapa Teja? Dia gadis garang yang obses dengan media sosial. Kalau ada dia,
mesti ada masalah. Kalau ada dia, mesti ada kecoh. Dan paling mengerikan, suara
nyaringnya sentiasa terngiang-ngiang dalam kepala saya!
"Jangan lari! Kalau aku dapat kau nanti, siaplah!"
Seram, bukan? Tapi siapa sangka berlaku sesuatu yang menjadikan cuti sekolah
kali ini lebih epik daripada yang saya jangkakan!