Kompas 114 (Kulit Lembut)
Publisher,Paradigma Ibrah Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages, 407
Kompas 114 berhasrat untuk menjadi alat bantu buat pembaca al-Quran sebelum mereka mengembara lebih jauh dalam Kitabullah itu sendiri dengan bantuan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Dengan kompas ini, semoga anda menemui sebab mengapa anda wajar jatuh cinta kepada mana-mana surah dalam kalangan 114 surah al-Quran ini, sama ada Makkiyah atau Madaniyyah dan panjang atau pendek.
Besar harapan saya agar buku ini membantu masyarakat awam mendapatkan “idea-idea besar” mengenai sesebuah surah, lantas memotivasikan mereka untuk membaca kesemua 114 surah daripada 30 juzuk al-Quran ini tanpa meninggalkan satu surah pun sepanjang pengembaraan kerohanian mereka semasa dalam atau luar bulan Ramadan.
Semoga Kompas 114 berjaya menimbulkan “debaran” terhadap keindahan dan keunikan setiap surah dalam al-Quran.