Kompas Umat Akhir Zaman
Publisher,Telaga Biru
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 700 g
No. of Pages,
Buku yang berada di tangan pembaca ini memaparkan butiran mengenai apa yang kita akan temui pada hari-hari yang akan datang. Dimulai dengan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan rujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian
hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan
peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan
tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.